Ini kes bukan cerita baru. Sudah terlamapu kurun lamanya. Kalau nak bercerita masalah duit ni, bukan takat kambing, kutu kat kambing pun boleh berjanggut. Duduk kat Malaysia ni, ada je masalah kewangan. Kiri kanan atas bawah, celah2 ibu jari kaki pun boleh dengar masalah duit.
Ni nak kongsi cerita sikit. Aku tak pertikai, bila harga minyak terutamanya naik, harga barang2 lain pun naik. Orang komplain kiri kanan, kerajaan tak patutlah, kita negara pengeluar minyaklah, dan macam2 lagi. Tapi yang aku peliknya, dalam harga dok naik2 ni, shopping complex penuh gak. Tak cukup ngan tu, kedai mamak dah ada wifi, kopi mahal jugak orang pilih. Computer canggih2. Toksah sebutlah pasal handphone pulak. Senang cerita, on par lah jugak ngan negara2 maju dari segi teknologi. Tapi apasal pemikiran takleh nak on par?
Lu orang tahu tak, dalam dok komplain2, gaya hidup korang mahu maju jugak. Barang mahu yang branded. Gucci 'uptown' tak mainlah. Tambah2 lagi golongan 'budget' high-class ni, mak aih. Tapi bila suruh kerja takmo. Duit mahu senang dapat. Tu yang terjebak MLM, skip cepat kaya, skim pyramid, skim macam2lah. Ni gua nak bagitahu, tak susah nak jadi kaya. Ada ilmu, boleh kaya insyaAllah. Takmo kerja memang masalah kewangan lah jawabnya. Lu ingat Bill Gates tu duduk goyang kaki je ke? Kalau dia kerja buat camtu, memang dia pun tak merasa pakai kereta mewah ah bro.
Satu nasihat gua kasi tahu. Ini dunia, dunia banyak penipu. Lu takde ilmu, lu kena tipu. Lu takmau kena tipu, lu cari ilmu. Bukan suruh cari ilmu hitam... ilmu gak tu tapi ilmu tu nak aniya org. Toksahlah aniya org, kalau kena kat diri sapa mahu jawab??
Dahlah, toksah nak cerita panjang2. Kasi ubah minda and mindset tu. Think the impossible and make it possible... Calossi
No comments:
Post a Comment