Gua bukan apa. Kadang2 naik panas bila sebut pasal janji2 ni. Cuba korang tanya sapa2 pun. Toksahlah, korang sendiri pun mesti pernah kena jugak. Kes janji punya janji pastu satu habuk pun takde. Lagi sakit hati, bila muka yang berjanji tu serius nampak macam menjiwai watak utama drama tv3. Punyalah manis mulut... hadeh...
Korang macamlah tak biasa terkena kencing2 yang sebegini. Cuba lu orang tanya mana2 couple yang dah break. Time bercinta, janji punya manis, silap haribulan minum teh o kosong pun boleh kena diabetis. Takpun tanya kat mana2 agent MLM yang bersungguh2 nak recruit korang masuk. Jual ikan emas ke, selipar kulit unta ke apa ke... time nak jual, punyalah senyum. Bila company rugi, sapa nak tanggung? Muka upline ke uptown ke 'up'-pe2 je lah konfirm tak dapat contact... Jahanam bro jahanam... Mahu2 lagi yang jenis pinjam duit nya janji... Hadussss... muka kesian je tgk takde duit. Tapi bila dah ada duit, janji nak bayar balik, boleh pulak dia tangguh2 mintak bayar ansur2. Janji jenis apa ni?
Tak sedar ke spesis2 manusia macam ni? Ni baru takat janji ngan manusia. Kalau janji ngan Tuhan, sapa nak tanggung??
Rock steady bro... janji hepi...
1 comment:
sabar muni
Post a Comment